Latar Belakang
Tarikh Daftar : 22 Ogos 2008
Nombor Daftar : M-5-0186
Jumlah Syer / Yuran : RM 479,143.92
Bilangan Anggota : 415 Ahli (Setakat December 24, 2021)
AKTIVITI EKONOMI SEMASA KOPERASI
Pengumpulan susu dan bekalan tenusu
penjualan makanan dan ubat-ubatan ternakan, detergen
Penjualan peralatan dan alat ganti tenus
MATLAMAT/KEPENTINGAN BERSAMA AHLI
Koperasi merupakan sebuah Lembaga/Badan dimana orang-orang yang memiliki kepentingan bersama berhimpun untuk meningkatkan kesejahteraannya. Konsep demikian meletakkan koperasi sebagai badan usaha yang cukup strategik bagi anggotanya dalam mencapai tujuan-tujuan ekonomik.
Koperasi membantu para Pengusaha Tenusu yang sedia ada dan yang baru menceburi bidang ternakan tenusu dari segi nasihat dan tunjuk ajar. Koperasi turut menyediakan makanan ternakan, makanan tambahan dan peralatan tenusu yang berkualiti untuk ternakan para Pengusaha Tenusu. Pengusaha Tenusu boleh mendapatkan bekalan terus dari Koperasi melalui kredit. Koperasi berhubung rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, khususnya Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu berkaitan khidmat nasihat pengurusan ladang ternakan tenusu dan pengeluaran hasil dari ladang berkenaan adalah selamat digunakan oleh Pengguna.
Koperasi turut menerima susu dari para Pengusaha Tenusu sebagai bayaran kepada makanan ternakan, makanan tambahan dan peralatan tenusu yang telah diambil oleh Pengusaha Tenusu. Koperasi akan menghantar sampel susu yang diterima ke makmal untuk di gred mengikut kualiti susu bagi tujuan pembayaran kepada Pengusaha Tenusu dan juga memberi keyakinan kepada pelanggan berkaitan dengan kualiti susu yang di pasarkan.
Koperasi juga berkerjasama dengan pihak pihak swasta yang terlibat dalam industri tenusu menganjurkan kursus/bengkil untuk meningkatkan kualiti dan pengeluaran susu setiap Pengusaha Tenusu.
VISI
KOPERASI SERBAGUNA TENUSU NEGERI MELAKA BERHAD ingin merealisasi hasrat kerajaan untuk menjadikan industri tenusu sebagai salah satu sumber utama yang boleh menjana pendapatan negara di samping ingin menyediakan sumber tenusu yang dijamin berkualiti dan selamat digunakan untuk memenuhi keperluan para pengguna.
MISI
Memantapkan keupayaan dan kebolehan koperasi. Mewujud dan meningkatkan keupayaan modal insan koperasi. Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap gerakan koperasi. Memperkukuhkan koperasi melalui seliaan dan penguatkuasaan berkesan. Merangsang penglibatan koperasi dalam sektor ekonomi bernilai tinggi.
OBJEKTIF KOPERASI
Untuk menjadi pengeluar produk tenusu yang berkualiti dan selamat digunakan oleh para pengguna. Untuk menjadi pengedar dan pembekal makanan dan keperluan ternakan. Untuk menjadi pengedar dan pembekal ubat-ubatan ternakan. Untuk membantu para penternak baru dalam bidang ternakan. Membantu meningkatkan produktiviti produk tenusu Negara