Diuruskan dan Dimiliki oleh Penternak

Kos Operasi Yang Lebih Rendah

Maksimum Keuntungan Dari Ladang

Maklumat mengenai Koperasi

KOPERASI SERBAGUNA TENUSU NEGERI MELAKA BERHAD telah operasi sejak dari 22 ogos 2008 dengan matlamat membantu para Pengusaha Tenusu yang sedia ada dan yang baru menceburi bidang ternakan tenusu dari segi nasihat dan tunjuk ajar. Koperasi turut menyediakan makanan ternakan, makanan tambahan dan peralatan tenusu yang berkualiti untuk ternakan para Pengusaha Tenusu. Pengusaha Tenusu boleh mendapatkan bekalan terus dari Koperasi melalui kredit.

Koperasi berhubung rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, khususnya Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu berkaitan khidmat nasihat pengurusan ladang ternakan tenusu dan pengeluaran hasil dari ladang berkenaan adalah selamat digunakan oleh Pengguna. Koperasi juga berkerjasama dengan pihak pihak swasta yang terlibat dalam industri tenusu menganjurkan kursus/bengkil untuk meningkatkan kualiti dan pengeluaran susu setiap Pengusaha Tenusu.

Kami menolong untuk mendapatkan tawaran yang terbaik untuk anda

Kami membantu penternak membuat keputusan yang baik. Sertai kami untuk memudahkan penjualan.

Ini Adalah Tanggungjawab Kami Sebagai Koperasi

Harga Pulangan Tinggi DAN Kontrak Perdagangan

Dengan bekalan yang diterima daripada Pengusaha Tenusu, bekalan kepada industri tenusu menjadi pukal dan konsisten membolehkan Koperasi boleh berunding untuk pihak ahli untuk mendapatkan harga pulangan yang tinggi.

Ini juga membolehkan kami menerima kontrak perdagangan yang lebih besar dengan ganjaran yang lebih besar untuk ahli kami.

Kursus Dan Bengkil

Untuk mempertingkatkan pengeluaran susu, kami juga menganjurkan kursus dan bengkil dengan kerjasama pihak swasta dan Jabatan Perkhimatan Veterinar untuk memberi khidmat nasihat.

Diskaun pembelian Makanan Ternakan, Suplemen, Peralatan & Ubat

Selain daripada pulangan harga yang tinggi, kami juga dapat berunding dan membeli bekalan makanan ternakan, suplemen, peralatan dan ubat-ubatan dengan harga borong yang dapat dinikmati oleh ahli kami.

pinjaman SAMBIL MEMBEKAL

Untuk memperkukuhkan industri tenusu dan mengalakan para penternak baru, pembelian makanan ternakan, suplemen, peralatan dan ubat dari Koperasi boleh dibuat secara kredit sambil membekalkan susu kepada Koperasi.

Sertai Kami untuk mendapatkan faedah daripada koperasi yang lebih hebat.

Saya ingin menjadi ahli Koperasi Penternak!



    Data peribadi anda akan digunakan untuk menyokong pengalaman anda di seluruh tapak web ini, untuk mengurus akses kepada akaun anda dan untuk tujuan lain yang diterangkan dalam dasar privasi kami.

    J7928 Jalan Melati, Taman Maju,
    77000 Jasin, Melaka, Malaysia

    T: +60 6-5293 589
    F: +60 6-5292 644

    Shopping Cart