APAKAH DIA PETERNAKAN TENUSU?
Peternakan tenusu adalah satu bidang kerja pertanian yang berdaya maju, memerlukan tumpuan usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan.
Lembu-lembu susu yang sesuai dan bermutu diurus dengan cekap, makanan yang cukup dan seimbang diberikan. Pembiakan lembu-lembu berkenaan mencapai tahap yang membolehkannya beranak dan seterusnya mengeluarkan susu bermutu serta kuantiti yang memberansangkan.
Keluaran susu boleh ditingkatkan dengan mempastikan makanan yang mencukupi, bermutu dan seimbang.
Kos pengeluaran dapat dikurangkan dengan bekalan rumput bermutu mencukupi, manakala makanan tambahan menggunakan campuran yang sesuai dan murah. Bekalan rumput yang kurang akan menyebabkan makanan tambahan yang diberikan digunakan untuk penyelengaraan tidak untuk pengeluaran susu sepenuhnya. Ini meningkatkan kos pengeluaran.
Lembu cepat bunting bermakna cepat beranak, tempuh masa kering susu dan tidak produktif dapat dikurangkan.
PURATA MAKNAN 1985 | |||||
---|---|---|---|---|---|
Kandungan | unit | berat bagi 100g susu | Kandungan | unit | berat bagi 100g susu |
Air | 9 | 87.50 | Vitamin A | Vitamin A | 100 – 150 |
Lemak | 9 | 3.80 | Vitamin D | Vitamin D | 0.5 – 1.5 |
Protin | 9 | 3.26 | Tiamin | Tiamin | 0.04 |
Laktos | 9 | 4.65 | Riboflavin | Riboflavin | 0.15 |
Naterium | mg | 50.00 | Nikotinik | Nikotinik | 0.08 |
Kaliam | mg | 160.00 | Vitamin C | Vitamin C | 2.00 |
Kalsium | mg | 160.00 | Asid | Asid | 0.35 |
Megnesium | mg | 14.00 | Panthotenik | Panthotenik | |
Besi | mg | 0.08 | Vitamin B6 | Vitamin B6 | 0.04 |
Kuperam | mg | 0.02 | Biotin | Biotin | 2.00 |
Fosforan | mg | 95 | Asid folik | Asid folik | 0.30 |
Sulfa | mg | 29 | Vitamin B12 | Vitamin B12 | 0.30 |
Klorin | mg | 98 | Tokoferol | Tokoferol | 0.07 – 0.10 |
Sumber: Jabatan Perkhidmatan Veternar – http://www.dvs.gov.my/index.php/pages/view/885